Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala
seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya
selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia
memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam
bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia
merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab.
Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr
:“Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula
masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak
kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat
mereka, nescaya aku bunuh diriku.”
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair
telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia
mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dna
dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan
untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah
mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi
peperangan dan cabaran.Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab
menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari
berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka
terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan
keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci
itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan
wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera
Islam.
Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi
akan ke medan perang, “Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam
dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi
Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah
putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah
mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu,
aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah
mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh
Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah
bahwasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang
binasa.”Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang
bermaksud, “Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah
kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada
Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung.” Putera-putera Khansa
tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, “Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah
dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh
kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah.
Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi
oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya.
Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga
kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat
tinggal yang kekal.”Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di
tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu
solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka
kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam
telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik saja semboyan perang
berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga
bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan
tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat
tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah
.Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat
dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa
takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka
bersyair,
“Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu,
telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang
keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita
buktikan sedikit masa lagi.”
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul
pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar.
Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,“Demi Allah! Kami tidak akan
melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan
ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan
menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar
musnah.”
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
“Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang
Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal
cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap
anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah
untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal
membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal
mewarisi kehidupan yang abadi.”Akhir sekali anak keempat menghunus
pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya
ia pun bersyair,
“Bukanlah aku putera Khansa’, bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah
pula kerana ‘Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak
membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang
bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku.”
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk
mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di
garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya
kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan
tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki
berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam
dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan
bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan
menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang
lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan
mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya,
akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh
pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah
teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil saja yang dapat
menyelamatkan diri.Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira
tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di
medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000
orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika
itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa
memberitahukan bahwa keempat-empat anaknya telah menemui syahid.
Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak
bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,“Segala puji bagi
Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku
mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di
tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!”
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih
hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran
Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat
gelaran kehormatan ‘Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang
yang mati syahid.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar